Download file

Borang Peserta

Borang Pasukan

Senarai Peralatan

Photo gallery cabaran Belia pada june 2011. ada di bawah..

Cabaran Belia, June 2011 Photo slide click here

 

Syarat Penyertaan

 

1. Penyertaan hanya terbuka kepada belia yang berumur diantara 18  hingga  30 tahun.

2. Peserta belia hendaklah terdiri daripada Warga Negara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darusslam.

 

3. Penyertaan adalah dalam bentuk berpasukan, SETIAP PASUKAN hendaklah mengandungi seramai 5 orang  yang terdiri dari 3 orang peserta  lelaki dan 2 orang peserta perempuan.

 

4. Pegawai dan kakitangan yang  beruniform seperti disenaraikan dibawah tidak dibenarkan menyertai cabaran ini.

 

4.1     Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

4.2     Pasukan Polis Diraja Brunei

4.3     Jabatan Penjara

4.4     Jabatan Bomba dan Penyelamat

4.5     Pegawai Keselamatan Kerajaan/ Swasta

4.6     Unit Simpanan Gurka

 

5. Peserta hendaklah sihat tubuh badan dan tiada masalah kesihatan.

 

6. Peserta hendaklah mempunyai ketahanan daya mental dan fizikal. Setiap peserta dikehendaki menjalani ujian kesihatan yang        dikendalikan oleh pihak penganjur dan disahkan oleh Pusat Perubatan dan Penyelidikan    Sukan, Jabatan Belia dan Sukan sebelum cabaran berjalan bagi memastikan peserta ‘fit’ untuk mengikuti Cabaran Belia ini.

 

7. Keselamatan peserta sepanjang cabaran adalah tanggungjawab peserta sendiri tetapi pihak penganjur akan mengambil berat dan      berusaha bagi memastikan keselamatan peserta sebaik mungkin.  Walaubagaimanapun pihak penganjur akan membiayai perlindungan insuran kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa sepanjang cabaran dijalankan.

 

8. Setiap peserta mestilah menyediakan peralatan peribadi sendiri seperti  didalam Lampiran A

 

9. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan kelengkapan seperti berikut:

 

9.1      2 buah basikal untuk keperluan aktiviti sukan beserta helmet

9.2      2 buah khemah untuk keperluan aktiviti perkhemahan.

9.3      5 set Mass Tin

9.4      3 set Parang

 

10. Setiap pasukan dimestikan memakai pakaian seragam bagi pasukan masing-masing semasa cabaran dijalankan

 

11. Ketua pasukan hendaklah hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan oleh pihak penganjur pada tarikh yag akan dimakulmkan kemudian.

 

12. Setiap peserta hendaklah mematuhi peraturan dan etika cabaran.

 

 

PERATURAN PROGRAM CABARAN BELIA 2011

 

1 Setiap paskan dikehendaki mendaftarkan ahli pasukan dengan mengisikan nombor (code ahli) kedalam borang pandaftaran     pasukan semasa taklimat yang akan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.

 

2 Setiap pasukan dikehendaki mengisikan Borang Cabaran Harian (tugasan aktiviti) cabaran harian setiap hari dan borang tersebut   hendaklah dikembalikan kepada urusetia tidak lewat jam 7.00 pagi pada setiap hari cabaran dijalankan.

 

3 Setiap peserta dikehendaki memakai nombor (code ahli) yang telah  didaftarkan.  Semua pasukan tidak dibenarkan membuat    pertukaran terhadap nombor-nombor tersebut dan nombor tersebut  hendaklah dipakai oleh peserta tersebut sepanjang cabaran berjalan.

 

4 Setiap peserta hendaklah melaksanakan tugasan aktiviti cabaran  mengikut senarai di dalam borang cabaran harian yang telah      diisikan dan dihadapkan ke urusetia setiap pagi.  

 

5 Setiap pasukan hendaklah mengikuti dan menamatkan setiap aktiviti cabaran yang disediakan.

 

6 Setiap pasukan akan dikenakan denda/ penalty bagi setiap kesalahan/ melanggar peraturan dengan tambahan masa 10 minit   atau pemotongan markah sebanyak 20 markah.

 

7 Pemotongan markah akan dibuat menggunakan mata daripada markah keseluruhan aktiviti seharian.

 

8 Setiap Peraturan dan Tatacara Cabaran ini adalah mengikut garis         pandu yang telah dibuat dan ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa.

 

9 Semua pasukan tidak dibenarkan untuk menghadapkan       permohonan pertukaran peserta semasa cabaran dijalankan.

 

10 Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad

 

 

ETIKA PROGRAM CABARAN BELIA 2011

 

Mengamalkan semangat yang tinggi, saling hormat menghormati, tolong- menolong, berdisiplin, sopan santun dan bertangggungjawab.

 

PENYERTAAN CABARAN

 

1.      Terbuka kepada belia-belia dari keempat-empat Daerah.

 

2.      Pasukan Jemputan:

2.1.1.  Setiap Daerah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 1 pasukan

2.1.2.  1 pasukan dari Persekutuan Pengakap.

2.1.3.  1 pasukan dari Kadet Tentera.

2.1.4.  1 pasukan dari Kadet Bomba.

2.1.5.  1 pasukan dari Persatuan Bulan Sabit Merah

2.1.6.  1 pasukan dari Kadet Polis.

2.1.7.  1 pasukan dari Institute Teknologi Brunei.

2.1.8.  1 pasukan dari University Brunei Darussalam.

2.1.9.  1 pasukan dari University Islam Sharif Ali.

 

3. Pasukan yang akan menyertai cabaran adalah dihadkan kepada 15 buah pasukan sahaja dengan menggunakan sistem “First Come First Serve Basis”.

 

3.1     Setiap Daerah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 1 pasukan

3.2     1 pasukan dari Persekutuan Pengakap.

3.3     1 pasukan dari Kadet Tentera.

3.4     1 pasukan dari Kadet Bomba.

3.5     1 pasukan dari Persatuan Bulan Sabit Merah

3.6     1 pasukan dari Kadet Polis.

3.7     1 pasukan dari Institute Teknologi Brunei.

3.8     1 pasukan dari University Brunei Darussalam.

3.9     1 pasukan dari University Islam Sharif Ali.

 

 

4. Tarikh TUTUP penyertaan adalah pada 30 November 2011 (Rabu) dan borang penyertaan bolehlah dihantar ke tempat yang tesenarai dibawah:

 

1. Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan BC3915

 

2. Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Brunei dan Muara

 

3. Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Tutong

 

4. Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Temburong

 

5. Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Belait

 

 

5.  TAKLIMAT Cabaran akan diadakan pada 1 Disember 2011 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Citra Budaya, Bangunan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan.

 

 

 

LAMPIRAN A : BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA

 

1.      PAKAIAN

 

1.1.    Semua peserta dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian.

 

1.1.1.  Peserta perempuan DIMESTIKAN MEMAKAI TUDONG di

sepanjang cabaran berjalan.

                

1.1.2.  Semua peserta di ingatkan membawa peralatan diri yang cukup

bagi tempoh 5 hari.

 

•       Pakaian Seharian

•       Pakaian Tidur (jika perlu)

•       Pakaian Sembahyang (telekong bagi perempuan)

•       Pakaian Dalam

•       Baju Hujan

•       Baju Sejuk

•       Pakaian, Kasut Sukan dan pakaian aktiviti di air

•       Selipar ( dipakai untuk mandi sahaja )

•       Sleeping Beg

•       Beg Sikut yang bersesuaian (60L+)

 

2.      PERMAKANAN DAN PERALATAN

2.1.    Makanan dalam tin 4 tin (Contoh: Sardin, Kari Ayam dan Kari Daging).

2.2.    Minuman 3 in 1

2.3.    Indoo Mee/ Mee Cawan

2.4.    Minuman botol

2.5.    Piring Makan, Cawan dan sudu

2.6.    Makanan persendirian yang difikirkan perlu

 

3.      ALAT MANDI

3.1.    Berus gigi, ubat gigi, sabun, tuala dan lain-lain yang difikirkan perlu.

 

4.      ALATAN YANG LAIN

4.1.    Botol Air

4.2.    Lampu Picit dan Bateri

4.3.    Ubat Nyamuk

4.4.    Bedak Ular

4.5.    Whistle

4.6.    Tali (10 meter)

4.7.    Pisau Lipat

 

5.      BARANG-BARANG YANG DITEGAH

5.1.    Barang yang mengkhayalkan dan memabukkan

5.2.    Barang kemas yang berharga

5.3.    Rokok

 

6.      PERINGATAN

6.1.    Selain daripada barang-barang di atas barang-barang yang difikirkan perlu bolehlah dibawa bersama tetapi bagi ubat-ubatan hendaklah dimaklumkan kepada ahli urusetia terlebih dahulu.

 

6.2.    Tindakan tegas akan diambil jika sekiranya peserta didapati membawa dan memakai barang-barang yang ditegah.

 

6.3.    Kehilangan barang-barang kemas adalah tanggungjawab peserta sendiri.

 

6.4.    Hand Phone akah disimpan oleh urusetia sepanjang cabaran dijalankan.